Bendera Malaysia diambil dari Majapahit

Sunday, March 19, 2017



Undian dibuka kepada umum dengan hasil undian yang disiarkan oleh media The Malay Mail pada tanggal 29 November 1949 menunjukkan 42% telah memilih reka bentuk Allahyarham yang menunjukkan pengaruh  kepada bendera Johor, negri asal beliau. Kemudian ia diakui oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950. Siapa kata ini “bendera penjajah”?

Jalur Gemilang tidak menjiplak dari  bendera Amerika Syarikat. Bendera Amerika Syarikat yang dibuat oleh Betsy Rose ialah diilhamkan oleh bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company – EIC) yang telah menjajah Amerika Utara sebelum tahun 1776. Bendera EIC pula diambil dari umbul-umbul Kerajaan Majapahit bernama “Getih-Getah Samudera” yang memiliki 9 jalur merah putih, setelah kapal EIC belayar ke nusantara pada abad ke-17. Siapa meniru siapa ?

Bendera Umbul-Umbul Majapahit 


Bendera East Indie Company 












Kedua-dua dari Getih-Getah Samudera (jalur merah dan putih) dan Sang Dwaja/Pataka (merah dan putih) ialah variasi panji-panji kebesaran dari Kerajaan Majapahit. Jadi, Jalur Gemilang dan Sang Saka adalah warisan Nusantara. Malah, bendera jalur merah putih dikibarkan oleh Tentara Laut Indonesia yang dinamakan sebagai “Ular-Ular Perang”. Pikiran geopolitik seperti saya memang melihat Getih-Getah Samudera lebih seperti dengan jati diri kita sebagai bangsa pelaut/maritim.

Sayang sekali, Allahyarham tidak lagi bersama dengan kita. Kita tidak dapat tahu apa motif Allahyarham memilih corak Getih-Getah Samudera. Yang dapat saya lihat, Allahyarham berusaha untuk menggabungkan warisan identitas agama (bulan bintang Uthmaniyyah) serta warisan bangsa (jalur merah putih Majapahit) dalam representasi yang begitu moderen dan dinamis (betapa indahnya corak jalur ini melambai ketika dibelai angin). Sayang sekali, Bila Allahyarham masih hidup, pasti hati beliau teriris dengan berbagai tuduhan yang tidak berdasar.

Sudah sampai masa kita berikan pengakuan yang sewajarnya kepada Almarhum Allahyarham. Hormatilah insan mulia ini yang telah memberikan Jalur Gemilang yang menjadi inspirasi kita tak hingga waktu senang, suka atau duka. Simbol yang memadukan kita semua. Lambang yang menjadi kebanggaan Kerajaan Malaysia.

Terima kasih Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tenanglah engkau di alam sana.
“Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau raih.
Membawa semangat jiwa Merdeka,
Semangat jaya kami warganya”




Reaksi: