GHAZAN KHAN RAJA MONGOL BERAGAMA ISLAM

Monday, March 27, 2017



ada diceritakan mengenai rombongan Marco Polo ke Ilkhanate yang turut serta dalam angkatan menyerang Kertanegara di Singosari.Rombongan Marco Polo ini membawa seorang putri, anak gadis Khublai Khan yang bernama Kököchin untuk dinikahi oleh Arghun yang pada ketika itu merupakan pemerintah tertinggi Mongol Ilkhanate.

Namun, Arghun telah meninggal sebelum Kököchin tiba di Parsi dan beliau kemudiannya bernikah dengan anak Arghun yaitu Ghazan yang baru naik tahta. Pada ketika itu, penguasa Mongol kebanyakan beragama Kristen atau Buddha seperti yang dipraktekan di China. Setelah kematian Arghun, Baydu telah menaiki tahta namun hanyalah seorang raja boneka. Ghazan bercita-cita hendak merampas tahta yang sepatutnya menjadi hak baginda namun memerlukan dukungan ketentaraan yang kuat.

Baginda mendapatkan bantuan daripada Nawruz yaitu penguasa Mongol di Wilayah Oirat atau kini lebih dikenali sebagai Kalmykia di Rusia. Oirat adalah Wilayah Ilkhanate yang paling Barat dan terletak di Laut Caspian. Ghazan berhasil menumpaskan Baydu dan naik tahta di tahun 1295 Masehi. Nawruzlah orang yang berhasil meyakinkan Ghazan untuk memeluk agama Islam yang kemudian menggunakan nama Islam Mahmud Ghazan.

Dengan islamnya Ghazan, maka, berakhirlah pengaruh Kristen dan Buddha di Parsi, Iraq dan juga Asia Tengah. Penganut agama Buddha yang tidak menganut agama Islam dipersilahkan pulang ke Tibet. Namun, pengislaman Ghazan tidak menghentikan peperangan di antara Ilkhanate dan Kerajaan Islam Mamluk di Mesir. Malah, telah berlaku peperangan yang hebat di Syria di antara kedua kekuasaan ini yang akhirnya dimenangi oleh Mamluk.

Mahmud Ghazan dianggap sebagai raja atau khan Ilkhanate yang terbaik karena di zaman beliau kebebasan beragama amat tulus dan berlakunya reformasi politik dan ekonomi yang menjadi kemakmuran Kerajaan Mongol Ilkhanate di Parsi, Iraq dan juga Asia Tengah. Baginda dikatakakan seorang yang alim dan amat mahir dalam mengurus ekonomi. Di zamannya, pajak telah dikurangkan, sistem yang menjadi pendapatan negara diolah kembali malah beliau juga memperkenalkan sistem pengantaran pos. Daripada segi keselamatan, Mahmud Ghazan telah memberantas ancaman perompak di sepanjang jalur sutera yang kerap terjadi sejak dari zaman Genghis Khan lagi.

Tabriz yang dijadikan ibukota Mahmud Ghazan dipenuhi dan dihiasi oleh pembinaan megah malah masjid-masjid banyak dibina di seluruh Wilayah Ilkhanate, begitu juga dengan pembinaan beberapa buah universitas. Sistem pemberian beasiswa seperti yang diamalkan oleh Baitul Mal masa kini diwujudkan untuk menggalakkan proses pembelajaran. Jalan, sekolah, rumah sakit, malah observatorium untuk ahli astronomi juga dibina.

Sistem pengurusan ladang di kemaskan untuk menambah hasil tuaian malah baginda memperkenalkan banyak benih tanaman yang berasal dari Asia Timur untuk ditanam di Asia Tengah. Tanah-tanah yang tak terurus juga banyak ditebus untuk untuk dijadikan ladang pertanian di zaman pemerintahan baginda. Sistem mata uang baru diperkenalkan, menggalakkan lagi perdagangan Ilkhanate dengan kuasa luar. Kemakmuran ekonomi dan perniagaan Kerajaan Islam Ilkhanate pada masa itu sebenarnya banyak membantu penyebaran Islam ke Wilayah Nusantara.

Kebolehan Mahmud Ghazan bertutur dalam banyak bahasa (Mongol, Cina, Arab dan Latin) juga membantu baginda memahami budaya asing. Bahasa Parsi menjadi lingua franca di Asia Tengah dan Mahmud Ghazan sesungguhnya telah mengembalikan sinar kegemilangan budaya Islam seperti di zaman Khalifah Harun Al Rashid dan Al Ma'mun. Mahmud Ghazan meninggal pada tanggal 10 Mei 1304 di Tabriz dan digantikan oleh sepupunya Oljeitu sebagai Khan yang baru. Begitulah ringkasnya cerita tentang raja Ilkhanate ketujuh, raja yang paling hebat di antara raja-raja.


Reaksi: