Mengenal Kamp Tahanan Hoeryong Korea Utara

Saturday, March 18, 2017




Kamp tahanan Hoeryong

Kamp Hoeryong atau nama rasminya Kwalliso adalah sebuah 'Political Prison' bagi penentang kerajaan.  Lokasi kamp No.22 ini terletak di utara wilayah Hamgyong timur laut Korea Utara. Ia dikelilingi gunung-gunung tinggi dan lembah yang jauh dari dunia luar. Kamp ini sering dibandingkan dengan kamp Gulag era Soviet dan kamp-kamp tahanan Nazi.


kamp ini dibentuk pada sekitar tahun 1965 di Haengyong-ri. Kawasan ini diperluaskan hingga ke Chungbong-ri dan Sawul-ri pada tahun 1980an dan 1990an. Jumlah tahanan meningkat setelah kamp No.11(Kyongsong), No.12(Onsong), No.13(Changpyong) ditutup dan tahanan dipindahkan ke Kamp No.22.


Kekejaman di dalam kamp tahanan, pelanggaran hak asasi manusia termasuklah dengan penyiksaan, buruh paksa dan eksperimen perubatan ke atas tahanan(Human Experiment).

1. Menurut keterangan bekas pengawal kamp No.22, Ahn Myong Chol, pengawal dilatih untuk melayan tahanan seperti bukan manusia biasa(Subhuman), Beliau mendakwa rutin harian pengawal adalah menyiksa, memperkosa tahanan wanita dan dalam satu kejadian di mana korban mengandung dan melahirkan anak, Bayinya akan dibunuh dengan cara dimasak dan kemudiannya diberi kepada anjing mereka makan. Chol juga berkata beliau menyaksikan kanak-kanak berebutan di kamp tersebut kerana berebut biji jagung yang diambil dari tahi lembu.
2. Undang-undang Korea Utara menentukan dasar 'Three Generations Punishment' di mana jika anda melakukan kejahatan, anak-anak dan cucu-cucu anda dengan serta-merta juga akan dikenakan hukuman ngeri yang sama di kamp-kamp buruh.
3. Seorang defector Korea Utara, Mr Shin Dong-Hyuk dilahirkan dalam kamp buruh Kaechon selepas ibu-bapanya bertemu didalam penjara. Beliau menceritakan bagaimana ia sebagai banduan yang telah di'cuci otak' untuk rasa bersalah dan dipaksa menerima bahawa dia dilahirkan sebagai penjahat dan akan mati sebagai penjahat. Pada usia 13, apabila beliau terdengar ibu dan abangnya merancang untuk melarikan diri, Beliau memberitahu kepada pengawal mengenai rancangan tersebut dengan harapan untuk menyenangkan mereka keluar.Sebaliknya, Shin diseksa, Beliau telah diikat dan diletakkan di atas arang api sehingga dia terbau kulitnya terbakar, Beliau kemudian dipaksa untuk melihat ibu dan abangnya dibunuh.

4. Banyak defectors Korea Utara telah menceritakan tentang kekejaman eksperimentasi manusia ke atas tahanan di kamp penjara politik yang terkenal, Kamp No.22. Bekas ketua keselamatan di kamp itu, Kwon Hyok, telah memberikan informasi mengenai bilik gas di kamp tersebut, Di mana seluruh keluarga telah mati lemas, Jadi hanya saintis dapat melihat dan mengambil nota mengenai proses kematian
5. Lee Soon-ok, bekas tahanan di kamp itu, menceritakan semasa beliau menyaksikan satu eksperimen maut di mana 50 banduan wanita yang sihat diberi makan kubis beracun, selepas 20 minit, mereka muntah darah dan mengalami pendarahan dalam dubur.

Reaksi: