PERANG KERAJAAN SRIWIJAYA-CHENLA

Saturday, March 25, 2017



PERANG KERAJAAN SRIWIJAYA-CHENLA

Jayavarman II dikenali sebagai pengagas Angkor dengan mengisytiharkan dirinya bebas dari satu kekuasaan besar di Asia Tenggara. Kekuasaan ini dikenali sebagai Kerajaan dari Asia Tenggara oleh catatan-catatan pengembara China dan Maharaja of Thousands Islands oleh para pedagang Arab dan Parsi.Tidak ramai tahu tentang peperangan yang telah terjadi di Indochina melibatkan kekuasaan ini,Sriwijaya dengan Chenla, yaitu kerajaan awal orang Khmer sebelum wujudnya Angkor.

Saya (Srikandi) telah merujuk kepada empat sumber yang menceritakan kejadian yang serupa,berlaku 1200 tahun dahulu di Indo-china, melibatkan sebuah kerajaan besar Melayu dengan kerajaan terawal orang Khmer yaitu dikenali sebagai Chenla dalam catatan pengembara dan kerajaan China.

Sumber-sumber tersebut ialah:



  1. Kitāb al-Masālik w’al- Mamālik oleh Ibnu Khordadbeh 870 Masehi
  2. Akhbar al-Sind wal-Hind oleh Sulayman al-Tajir 851 Masehi
  3. Silsilat al-tawarikh oleh Abu Zayd Hasan Ibn Yazid Al-Sirafi 916 Masehi
  4. Muruj adh-dhahab wa ma’adin al-jawahir oleh Masudi 947 Masehi

Dalam keempat-empat sumber di atas terdapat catatan tentang peperangan antara Sriwijaya dengan Chenla disebabkan oleh berita yang diterima oleh maharaja Sriwijaya berkenaan sikap angkuh seorang raja Khmer yang muda. Raja Chenla itu mengatakan dengan angkuhnya di hadapan khalayak bahawa dia ingin melihat kepala Maharaja (pemerintah kerajaan Sriwijaya) di hadapannya.

Apakah yang dilaporkan oleh Sulayman ?

satu catatan dari empat sumber tersebut.Saya mengambil catatan dari Sulayman al-Tajir dan disebut semula dalam Muruj adh-dhahab wa ma’adin al-jawahir oleh Masudi yang ditulis di abad 10 Masehi:
Raja Zhenla (Chenla) berkata kepada para menterinya: “Saya mempunyai satu hajat: untuk melihat kepala Maharaja di hadapan saya di sebuah talam.”

Hasrat raja itu tersebar dari mulut ke mulut, dan akhirnya sampai juga ke telinga Maharaja sendiri. Maharaja pun mengambil keputusan untuk berpura-pura memulakan satu ekspedisi pelayaran untuk melihat seluruh area jajahannya, tapi kemudian Maharaja belayar secara langsung menuju  Zhenla. Maharaja tidak mempunyai masalah dalam belayar menerusi sungai menuju ke arah ibukota, memasuki istana dan menangkap raja Zhenla itu .(Maharaja berkata): “Anda telah menyatakan niatan untuk melihat kepala saya di hadapan anda di atas sebuah talam.(Maharaja menyambung):

“Jika anda berkata anda mau merebut negara saya, saya akan melakukan perkara yang sama kepada anda. Tetapi oleh karena anda hanya melahirkan keinginan yang satu ini,saya akan dengan senang hati untuk memberikan anda layanan yang sama,yang anda ingin coba pada saya.”

Kemudian raja Zhenla itu pun dipancung, dan Maharaja memerintahkan Perdana Menteri untuk melantik seorang raja baru. Kemudian Maharaja segera pulang ke tempat asalnyadengan tidak mengambil apa-apa malah mengarahkan orang-orangnya juga berbuat demikian. Kekuatan Srivijaya ialah 1000 buah kapal perang dengan kekuatan dari sebelah Chenla diperkirakan lebih 50,000 pasukan dan 1000 hulu balang istana.

KESIMPULAN

Terdapat beberapa kesimpulan dari peristiwa bersejarah ini.



  1. Kekuasaan Maharaja yakni pemerintah Sriwijaya amat digeruni ketika itu.
  2. Kerajaan Melayu ketika itu memang licik,bijak,rockstar dan badass.Tidak seperti sesetengah orang Melayu yang apologetik, inferior, dungu, lembek, pengecut dan suka menyalahkan bangsa sendiri sebagai pegalihan kenyataan pada hari ini.
  3. Kita boleh lihat kebenaran teori Sriwijaya bukan sebuah kuasa imperialisme yang mengikut model Barat tetapi gaya imperialisme tempatan yang berisikan ‘big trading network system’ atau sebuah konglomerat maritim yang bersekutu. Buktinya, Maharaja hanya meninggalkan Chenla selepas membunuh rajanya, tanpa mengambil apa-apapun atau bahkan menjarah kerajaan Khmer Itu. Apa yang Maharaja hendak ialah perdagangan dua arah dengan Chenla, dengan Chenla membekalkan produknya kepada kerajaan, dan kemudian kerajaan memperdagangkannya ke China atau India.
  4. Maharaja tidak berselera untuk mengambil pusing administrasi Chenla. Buktinya Maharaja mengarahkan menteri Chenla melantik raja baru. Dalam kasus ini kemungkinan besar adalah Jayavarman I.
  5. Chenla ada lebih dahulu dari Angkor dan Angkor Wat yang terkenal itu.Jadi Sriwijaya memang superior.

Tidak tahu bukan bermakna tiada.Yang penting mengkaji dengan pemikiran positif sejarah Melayu bukan sesempit dari sumatera hingga ke Sabah. Sejarah Melayu bukan hanya bermula dari zaman Kesultanan Melaka atau kedatangan Agama Islam. Islam melengkapkan lagi sikap kesusilaan dan berdikari bangsa Melayu, dari catatan era dinasti Sui lama sebelum kedatangan agama Islam yang suci :
“…mereka menganggap tangan kanan sebagai suci dan tangan kiri sebagai tidak suci. Mereka mencuci setiap paginya, membersihkan gigi mereka dengan kepingan kecil kayu, dan tidak gagal untuk membaca doa mereka…”
Sebab itu mereka memilih agama Islam,karena agama ini mengajarkan kesusilaan yang sesuai dengan jiwa mereka.


Reaksi: