Perbedaan Slang , Loghat , dan Creole dalam Bahasa

Monday, March 13, 2017



Bahasa Melayu adalah Bahasa yg sangat kuat pengaruhnya digunakan secara menyeluruh di Nusantara. Sejarah ini dapat ditelusuri sejak era Kerajaan Empayar Sriwijaya  yang turut sama mengembangkan Bahasa Melayu (700M-1100M) kemudian diteruskan pula oleh Kesultanan Melayu Melaka (1300M-1511M), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga (1528M-1800M) & Kesultanan Melayu Brunei (1485M-1800M). Ke-4 Kerajaan tersebut telah berpengaruh untuk mengembangkan Bahasa Melayu ke seluruh Nusantara melalui peranan rangkaian perdagangan yg luas. Bahasa Melayu mencapai kegemilangannya di era Melaka yg sangat mahsyur sebagai pusat perdagangan dunia di jazirah timur. Dikatakan pelabuhan Melaka tersangatlah sibuk dan terdapat sekitar 84 buah Bahasa dunia dipertuturkan di pelabuhan Melaka, bayangkan sndiri betapa sibuknya Melaka di zaman lalu.


Dari rangkaian perdagangan itu lah, wujudnya Bahasa yg dinamakan creole dan pidgin (slang).

Namun begitu, Bahasa Melayu juga dikembangkan melalui kerja penjajah, yakni Belanda & juga Inggeris. Bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa lingua franca oleh penjajah Belanda & Inggeris kerana 1. ia mudah dipelajari 2. Kerana hampir sebilangan besar Nusantara mempunyai sejarah menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa perdagangan dan masih menggunakannya di saat kedatangan Belanda 3. Adalah amat leceh bagi pihak Belanda khususnya utk mempelajari Bahasa setempat, tambah lebih leceh utk mengajarkan org setempat Bahasa Belanda juga, jadi menggunakan Bahasa Melayu merupakan pilihan selamat dan lebih kost efektif bagi Belanda. Belanda banyak mengembangkan varian Bahasa Melayu terutama sekali untuk tujuan misionaris Kristian ini banyak berlaku di sekitar kawasan timur Nusantara seperti Papua, Maluku & Sulawesi.

Maka tadi aku ada sebut creole, jadi, apa itu CREOLE?
Creole adalah Bahasa kacukan yg dikembangkan oleh sesuatu masyarakat dan digunakan oleh masyarakat tertentu untuk saling berkomunikasi. Dalam hal ini, Bahasa Melayu mendapat kacukan Bahasa disebabkan penuturnya berasal dari bermacam2 latar belakang Bahasa yg berbeza. Jgn disalah erti Creole dgn Dialek ya. Beza Creole dan Dialek, dialek itu terhasil dari variasi sesuatu Bahasa yg dituturkan oleh kelompok etnik yang sama (dalam hal ini, Melayu), manakala creole pula terhasil dari kacukan sesuatu Bahasa asing dgn Bahasa yg dikacukkan itu. Pengertian mudah: Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu Perak, Bahasa Melayu Sarawak adalah dialek kepada Bahasa Melayu tetapi Bahasa Banjar bukan dialek kepada Bahasa Melayu sebaliknya ia adalah Bahasa creole kacukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa setempat iaitu Bahasa Ngaju & Bahasa Ma’anyan (kedua-duanya adalah Bahasa budaya Dayak) serta juga Bahasa asing yang lagi 1 iaitu Bahasa Jawa (melalui pengaruh Kerajaan Mataram). Creole juga biasanya tidak diclaim oleh mana2 etnik kerana ia hanyalah merupakan Bahasa lingua franca (pengantara) bagi etnik2 yg berbahasa berbeza2 dan bukan Bahasa milik etnik2 tertentu. Namun dalam beberapa hal, ia layak diclaim menjadi Bahasa tertentu terutama apabila ia telah berevolusi menjadi bahasanya tersendiri dan merupakan Bahasa pertuturan sehari2an etnik tertentu (Bahasa pertama).

PIDGIN (erti kata lain, Slanga atau Slang)
Dalam pengertian hari ini, ia bermaksud Bahasa pasaran. Pidgin(slang) ini terhasil dari perkataan Bahasa asing yg diserap ke sesuatu Bahasa. Ini terjadi juga disebabkan oleh perdagangan dan percampuran antara etnik Bahasa yg berbeza2 jadi mereka meminjam banyak kata dari bahasa2 yg digaulkan itu agar mudah mengerti antara 1 sama lain. Banyak yg salah faham anggap slang itu sama dengan dialek. Jadi aku ingin tekankan di sini, SLANG ITU BUKAN DIALEK.

Loghat pula, apa itu sebenarnya LOGHAT?
Banyak yang keliru dan tak tahu membezakan antara loghat, slang / slanga dan dialek. Loghat itu yg sebenarnya adalah “telo” sebutan yg terbawak2 ke dalam Bahasa yg dituturi oleh penutur Bahasa asing. Macam contoh bila orang cina cakap melayu atau inggeris lazimnya mereka akan terbawak2 pengaruh Bahasa cina mereka dengan menambahkan partikel “Lah” atau “Mah”. Nah! Itu lah sbnrnya Loghat!
Jadi mari kita ungkapkan bahasa2 Melayu perdagangan atau creole yg wujud di seluruh Nusantara utk pengetahuan bersama ya!

Bahasa Banjar
Seperti yg telah aku kongsikan sedikit tadi, Bahasa Banjar ini sebenarnya merupakan Bahasa creole (kacukkan) daripada Bahasa Melayu dengan Bahasa2 setempat yaitu Ngaju & Ma’anyan, malah juga ia banyak mengadaptasi Bahasa Jawa ke dalamnya ini berkat pengaruh Kerajaan Mataram. Terletak di bahagian paling selatan pulau Borneo, Bahasa Banjar seperti juga bahasa2 Melayu lain yg dipertuturkan di seluruh Borneo, ia telah dikembangkan oleh pedagang2 Melayu dari Kesultanan Brunei, jd disebabkan itu dari segi penyebutan, Bahasa Banjar dan Bahasa Brunei mempunyai cara sebutan yg sama, yaitu penyebutan yg baku dan pekat. Bahasa Banjar terbahagi kepada 2 dialek yaitu Bahasa Banjar Kuala & Bahasa Banjar Hulu.

Bahasa  Melayu Kutai
Bahasa Melayu Kutai juga seperti Bahasa Banjar, adalah creole Bahasa Melayu yg dicampurkan pengaruh Bahasa tempatan, dalam hal ini Bahasa Ot Danum. Namun variasi Bahasa Melayu Kutai dengan Bahasa Banjar tidak banyak bezanya dengan cara penyebutannya. Bahasa Melayu Kutai digunakan sebagai Bahasa lingua franca untuk etnik2 Dayak di sekitar Borneo Timur.

Bahasa Melayu Sabah
Varian dari Bahasa Melayu Brunei membentuk Bahasa Melayu Sabah yg dipengaruhi oleh bahasa2 setempat seperti Bahasa Kadazan Dusun, Murut, Bajau. Bahasa Melayu Sabah merupakan Bahasa lingua franca bagi etnik yg beragam di Sabah.

Bahasa Melayu Betawi
Bahasa Melayu Betawi dahulunya adalah Bahasa yang sangat berpengaruh di sekitar pulau Jawa malah pernah digunakan oleh Belanda sebagai Bahasa lingua franca dengan etnik2 tempatan di pulau Jawa. Bahasa Melayu Betawi adalah produk pengaruh rangkaian perdagangan & percampuran banyak etnik luar. Varian Bahasa Melayu Betawi ini terdapat banyak pengaruh dari bahasa2 luar seperti Sunda, Jawa, Bugis, Bali, Belanda, Portugis malah juga Bahasa Cina. Bahasa Melayu Betawi mendapat nama dari pelabuhan dan pusat pemerintahan Belanda di Pulau Jawa yg dinamakan Batavia (sekarang ditukar nama kepada Jakarta).

Bahasa Melayu Sulawesi Utara (Manado)
Manado sebagai kota penting Belanda di Sulawesi Utara, Bahasa Melayu digunakan oleh Belanda sebagai Bahasa lingua franca di wilayah ini, Bahasa Melayu Manado ini banyak dipengaruhi oleh Bahasa Portugis & Bahasa Belanda sambil asasnya dari Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Manado dahulunya digunakan secara meluas oleh misionaris Belanda & Portugis di Sulawesi Utara sehingga ke Gorontalo, lantas Bahasa ini hari ini telah Berjaya menjadi lingua franca bagi beragam etnik yg berbeza bahasanya di sekitar Sulawesi Utara.

Bahasa Melayu Sulawesi Selatan (Loghat Melayu Makassar)
Bahasa Melayu Sulawesi Selatan (atau kadang dipanggil Bahasa Melayu Makassar / Loghat Melayu Makassar) adalah Bahasa Melayu yg sangat berpengaruh di sekitar Sulawesi yakni Sulawesi Selatan, Sulawesi Barat & Sulawesi Tenggara. Bahasa Melayu ini mempunyai sejarah panjang sejak era kerancakkan perdagangan Melaka-Makassar lagi. Kota Makassar merupakan antara pelabuhan yang tersibuk di Nusantara sebelah timur, jika Melaka sibuk di sebelah barat, Makassar adalah jawapannya di sebelah timur. Bahasa ini merupakan Bahasa lingua franca bagi semua etnik2 yg berbahasa berbeza2 di Sulawesi Selatan khususnya Makassar, Bugis, Mandar, Toraja kerana masing2 etnik ini mempunyai Bahasa yg berbeza. Penggunaan Bahasa ini masih digunakan harini malah ia sebenarnya lebih popular berbanding Bahasa Indonesia sendiri di Sulawesi Selatan. Bahasa Melayu Sulawesi Selatan dikenali dengan imbuhan2 partikelnya yg rumit (terhasil dari loghat) yg dipengaruhi oleh Bahasa Makassar membuatkan ia antara Bahasa Melayu yg paling susah untuk dikuasai.

Bahasa Melayu Maluku Utara (Loghat  Melayu Ternate)
Ternate seperti juga Makassar, merupakan antara kerajaan paling berpengaruh di Nusantara sebelah timur & merupakan hubungan perdagangan di rantau tersebut. Malah mungkin tak ramai yg tahu, Ternate juga pernah menewaskan Portugis tahu. Bahasa Melayu Ternate seperti juga Bahasa Melayu creole yg di atas ni, juga merupakan Bahasa lingua franca bagi segenap kawasan Maluku utara yg mempunyai bermacam2 ragam Bahasa & etnik sambil pernah dijadikan Bahasa rasmi kerajaan Ternate & Tidore. Bahasa Melayu Ternate banyak dipengaruhi oleh Bahasa Ternate sendiri, yg sebenarnya merupakan sejenis Bahasa keluarga Melanesia.

Bahasa Melayu Ambon (Maluku)
Pulau Ambon dan kepulauan Maluku didiami oleh etnik2 yg secara kolektif dipanggil sebagai Alifuru. Bahasa Melayu di Ambon dikembangkan melalui rangkaian perdagangan kerajaan Makassar dari Sulawesi Selatan. Bahasa ini kemudiannya digunakan di segenap Maluku selatan, pasca ketibaan Portugis ia menyerap banyak kosakata Portugis dan kedatangan Belanda ia telah dikembangkan lagi melalui kerja misionaris Kristian Belanda di sekitar Maluku. Bahasa Melayu Ambon hari ini juga masih merupakan Bahasa lingua franca bagi semua etnik asal (Alifuru) dan juga etnik dari luar Maluku lazimnya Jawa, Bali, Buton, Bugis, Makassar, Papua, Melayu dan banyak lagi.

Bahasa Melayu Nusa Tengga Timur
Bahasa Melayu Nusa Tenggara Timur terhasil melalui usaha misionaris kristian Belanda & Portugis yg turut mengembangkan Bahasa Melayu ke kawasan ini. Kebanyakkan penduduk asal kawasan sekitar Nusa Tenggara Timur seperti Flores, Kupang & Timor ini merupakan keturunan dari Melayu Melaka & juga Bugis serta Makassar yg telah berkahwin campur dengan penduduk setempat yg rata2 berketurunan Melanesia. Bahasa Melayu Nusa Tenggara Timur mempunyai byk pengaruh dari Bahasa Portugis & Belanda.

Bahasa Melayu Papua
Bahasa Melayu Papua seperti kebanyakkan bahasa2 Nusantara Timur yang dikembangkan melalui usaha misionaris Kristian Belanda & Portugis. Papua adalah pulau yg mempunyai beratus2 bahasa yg berbeza dan didiami oleh banyak etnik asal Papua dan juga etnik2 luar Papua. Komuniti besar ini membentukkan Bahasa Melayu Papua yg masih digunakan hingga ke hari ni.


Terima kasih kepada Mas Daeng Andika yang telah memberikan pengetahuan ini

Reaksi: