Riwayat Bangsa Purba Mon dan Melayu

Thursday, March 30, 2017



Dalam History of Laos oleh Maha Sila Viravond,seorang sarjana Laos,ada menceritakan bahasa purba yang dipertuturkan di Indochina pada zaman silam adalah Khmer Boran (Khmer purba),Suey,Kha,Mon dan Malayu.Saya begitu terharu sebab sejarahwan Laos mengaku bahasa saya sebagai bahasa purba Indochina pada masa silam.Pengarang buku ini bukan cakap saja.Beliau sudah mengkaji dari riwayat Laos purba,manuskrip dan catatan-catatan orang dahulukala.



Orang Lao adalah serumpun dengan orang Thai di Thailand.Namun dari segi sejarah,orang Lao lebih dahulu menduduki Indochina sebelum migrasi beramai-ramai orang Thai pada abad ke-12 dan 13.Semasa orang Lao sampai di Indochina,sudah ada orang Mon,Khmer dan Malayu yang membuat penempatan di sana-sini.




Orang Mon pula adik-beradik dengan orang Khmer seperti juga orang Pyu serumpun dengan orang Bamar (Burma) terutamanya dari segi linguistik.Orang Mon jika kita perhatikan banyak berkongsi kostum dan budaya dengan orang Melayu terutama dari utara.Bahasa Siam iaitu bahasa Thai selatan banyak dipengaruhi oleh sukukata Mon-Khmer dan bahasa Melayu Segenting Kra.Sebab itu orang Pendang yang berbahasa Siam,tidak akan difahami oleh orang yang faham bahasa Thai standard atau Thai Bangkok.Bunyi macam nak sama bagi orang yang tidak tahu.Samalah kalau kita dengar orang Kemboja (Khmer) bercakap.Bunyi macam bahasa Thai tapi lebih berirama.Lebih kurang macam dengar bahasa Korea,Jepun atau Mandarin.




Orang Mon pernah bina peradaban.Pagoda kebanggaan Myanmar,Shwedagon itu adalah binaan orang Mon.Di tengah Thailand,pernah muncul sebuah city-states Mon paling terkenal,Dvaravati.Di Burma pernah wujud kerajaan Hamsavati di mana sejarahwan Khmer mendakwa kononnya dua lelaki dari negeri Melayu telah menubuhkan kerajaan ini sebabnya nama dua lelaki itu,Samala dan Vimala adalah nama yang berkait dengan dinasti Ketomala,iaitu istilah Khmer kepada dinasti raja-raja Melayu dari kerabat Kedah Tua.Pada masa dahulu,raja-raja Melayu memerintah kerajaan yang rakyatnya bercampur antara Melayu,Mon,Khmer dan Thai.




Masa kemuncak peradaban Mon,ia banyak mempengaruhi kesenian Khmer dan Burma,sekaligus kepada orang Thai juga.Orang Mon selalu mengenangkan tempat asal-usul mereka,yang dinamakan Ramanadesa atau 'Negeri Raman'.Menariknya negeri Reman memang ada di utara negeri Perak dulu yang kini sudah sebahagiannya terserap ke Thailand dan yang lain jadi daerah Hulu Perak.Jelas,dua raja pengasas Hamsavati itu kemungkinan besar berasal dari negeri Reman.




Jika anda ingin mengkaji bahasa Siam (bukan bahasa Thai),anda perlu kaji juga bahasa Mon,sebab banyak sukukata dialek utara termasuk bahasa Siam mempunyai pengaruh bahasa Mon.Sesungguhnya orang Melayu utara semenanjung memiliki kenangan dan pengalaman dengan bangsa-bangsa di Indochina berbeza dengan orang Melayu di Selangor atau di Johor yang banyak bercampur dengan orang Jawa atau Bugis,juga orang Melayu Borneo yang mempunyai pengalaman dengan orang Dayak,Kadazan dan lain-lain.




Hari ini orang Mon perlahan-lahan pupus bahasa dan budaya.Sebahagian terserap ke masyarakat Thai dan sebahagian sudah menjadi orang Burma.Mereka hilang negara dan jatidiri.Jika mereka memegang tampuk pemerintahan sekalipun,mereka tidak berupaya membawa imej orang Mon,sebaliknya mereka menjadi orang Thai atau Burma.Berbeza dengan dua lagi bangsa yang hidup sezaman dengan mereka,orang Khmer dan Melayu yang masih punya negara.




Kita bersyukur sebab perjuangan orang Melayu di selatan Thailand masih bergelora dan sedikit-sebanyak merunsingkan Thailand.Sekurang-kurangnya orang Melayu di sana masih kuat untuk menuntut hak.Tidak seperti orang Mon yang seolah-olah menyerah pada nasib dan terus membarkan diri pupus ditelan zaman.


itulah sejarah mengenai orang mon di zaman purba itu , saya harap artikel ini berguna bagi para pembaca


Reaksi: