Fakta Bangsa Viking yang Sebenarnya

Thursday, April 13, 2017



1. Jika anda menonton filem-filem mengenai Viking sekitar 10 ke 20 tahun dahulu,apa yg sering di paparkan adalah mereka memakai topi besi bertanduk, begitu juga kalau anda menonton kartoon. Tapi tahukah anda bahawa ini adalah falasi. Sebenarnya tiada langsung dlm catatan sejarah atau jumpaan arkeologi yg menunjukkan bahawa mereka pakai helmet bertanduk. Helmet perang mereka sebenarnya sama seperti helmet tentera-tentera berkuda Rohan dalam trilogi The Lord of the Rings. Sedangkan helmet bertanduk tersebut adalah untuk bomoh atau dukun sahaja. Topi bertanduk ini dipopularkan oleh filem-filem Hollywood sekitar awal abad 20.

2. Satu lagi mitos tentang Viking adalah mereka bangsa yang tak bertamadun dan kotor. Sebenarnya dalam banyak-banyak suku Eropah, Viking adalah diantara yang paling pembersih. Lebih bersih dari orang Inggeris. Dlm penggalian yang dibuat terhadap kubur mereka , dijumpai banyak alat-alat untuk berdandan dan membersihkan diri antaranya pengorek telinga, pisau cukur,sikat rambut,dan pencungkil gigi yg dibuat dari tanduk atau tulang2. Orang Viking juga mandi lebih kerap dari orang Eropah lain pada zamannya,yakni sekali seminggu terutama hari Sabtu kerana hari sabtu adalah hari berhias bagi orang Viking terutama lelaki. Mereka juga suka berendam dalam hot spring atau air panas. Ini menunjukkan mereka adalah metroseksual… hehehe.  

3. Tahukah anda seperti orang Melayu, kaum Viking juga sangat memandang tinggi golongan wanita. Suri rumah Viking mempunyai lebih hak dan kuasa berbanding wanita-wanita berkahwin dari kaum lain pada masa itu. Apabila suaminya pergi berperang atau berlayar,si isteri mempunyai kuasa untuk menguruskan ladang,buruh buruh dan hamba. Mereka juga ada bahagian dalam harta pusaka, boleh menceraikan suami mereka jika suami gagal menjalankan tanggungjawab dan berhak ambil balik mas kahwinnya.malah kaum lelaki terpaksa membayar wang sara hidup untuk bekas isterinya. Pernah tercatat dalam sejarah Viking bahawa seorang wanita telah menceraikan suaminya kerana suaminya mempunyai bulu dada yg terlalu tebal dan tidak mahu mencukur.Hmmmm....menarik bukan? 




4. Satu lagi mitos ialah orang Viking yang kita selalu tahu ialah kononnya mereka suka menjarah dan berperang serta merampas harta orang lain.Sebenarnya sebahagian besar hidup mereka yakni orang Viking adalah petani dan nelayan. Mereka menanam oat, barli dan gandum. Mereka juga menternak lembu,kambing dan babi. Hanya sebahagian sahaja dari Viking yang selalu melanun dan menjarah.



5. Satu perkara yang kita tak tahu tentang Viking jga adalah kaum lelaki mereka suka mewarnakan rambut mereka blond. Bagi mereka rambut blond adalah cantik. Lelaki yang berambut merah biasanya akan menggunakan sejenis bancuhan kapur untuk mewarnakan rambut mereka hingga jadi blond, malah janggut juga di warnakan blond. Dengan meletakkan campuran kapur dan mewarnakan rambut ini juga, org Viking dapat mengelakkan masalah penyakit yang sering dihadapi oleh kaum-kaum lain di Eropah pada masa itu yakni serangan KUTU.



6. Orang Viking sangat diplomatik dan berdiplomasi sesama sendiri. Jika terdapatnya seorang pemimpin yang jahat atau kejam, satu majlis timbang tara akan dibuat dan pemimpin tersebut akan dibuang negeri. Hal ini berlaku pada raja yg bernama Erik The Red (Erik Thorvaldsson) yang suka melakukan kekejaman hingga orang Viking sendiri tak suka. Dia dibuang dari Norway dan Iceland.



7.Orang Viking sangat sukakan hikayat, lagu-lagu tradisi,dan cerita-cerita penglipur lara. Berbanding dgn kaum-kaum Eropah lain,diet pemakanan orang Viking juga adalah yang paling seimbang dan sihat kerana mereka suka makan ikan terutama ikan kod yg mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi dan mereka juga makan pelbagai bijirin dan sayuran. Orang Viking juga hanya makan 2 kali sehari iaitu makan siang dan makan malam.


8 Sepertimana kegemaran mereka akan rambut yang blond, mereka juga sukakan pakaian yang berwarna terang seperti biru muda, kuning dan merah.



9. Orang Viking mempunyai cara menegur seseorang. Setiap kali mereka berjumpa mereka akan berkata "Ey wassup!" Wassup yang digunakan oleh anak muda pada hari ini sebenarnya berasal dari budaya Viking.. ey wassup!



10. Orang viking ada tandas luar rumah macam orang Melayu dan bersuci dgn bulu kambing atau lumut setiap kali mereka membuang air besar.



Berbeza kan budaya orang Viking yang sebenar,berbanding dengan Viking yang selalu kita tonton di televisyen bukan?


 



Reaksi: